Tuesday, July 17, 2007

Bunga-Bunga Kemboja


Perkahwinan yg terjadi bukan disebabkan desakan nafsu.Nabil menikahi Nur Qahira kerana mahu berjihad pada tuhan. Nabil tidak mahu gadis itu hidup dengan kekesalan, seperti tugu di 'Killing Fields Choeung Ek', sekadar menjadi tanda bagi mereka yang bersimpati. Nabil tahu Nur Qahira tidak mahu diacukan kehidupannya seperti apa yang pernah berlaku kepada rakyat Kemboja, dan Nabil tahu dia dan rakan-rakannya mampu membantu, agar Nur Qahira tidak dibiarkan begitu sahaja.

"Mawar...

Tidak mudah utk aku lakukan, tp aku tahu selagi aku tidak lakukannya, selagi itulah aku akan begini!

Dulu aku tak pernah jangkakan bahawa cinta yg aku semai bertahun-tahun lamanya, akhirnya tidak kesampaian. Cinta pertamaku itu, tidak berpihak padaku. Aku merana dan aku sensara kerana cinta itu.

Mawar...

Aku pernah merajuk, malah aku pernah rasakan seolah-olah Tuhan tidak menyanyangiku kerana punahkan cinta pertamaku itu. Bukan mudah untukku, Mawar.

Namun, pernikahanku dengan Qahira, ikhlas kulakukan untuk agamaku. Mungkin aku mahu mencari ubat untuk pulihkan diri yang merajuk itu.

Dia cantik, menarik...malah dia ada segala-galanya. Aku nampak semua itu, Tapi....Mawar, aku juga takut. Bagiku... haruskah aku berpindah perasaan dalam keadaan aku yang tidak menentu itu?Mungkin juga di suatu ketika, aku berada dalam satu dilema yang membuatkan aku terumbang-ambing!

Sekalipun aku lelaki, Mawar, aku juga manusia biasa yang lemah dan ada ketika aku tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Maafkan aku sekiranya aku tak berdaya untuk menjaga hatinya. Hati kawanmu itu sebenarnya terlalu berharga buatku. Cuma suatu ketika dulu, aku memang keliru.

Mawar...
Apakah lelaki seperti diriku ini tidak boleh buat salah dan kesilapan? Adakah lelaki sepertiku ini perlu tonjolkan diri sebagai wira sahaja?

Maafkan aku, Mawar...kalau mesejku ini menyakitkan hatimu atau...hati kawanmu itu.

Aku pernah impikan untuk menjadi seorang anak yang soleh. Aku pernah juga idamkan untuk jadi seorang suami dan ayah yg mithali. Namun aku tau jua...itu kerja Tuhan, sama ada mengizinkan atau tidak. Ada ketika akan terjerat jua dalam mimpi dan bayangan yang kita mahukan itu.

Maafkan aku Mawar.

~Nabil~"

*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*

"Mawar...

Aku tak tahu bagaimana nak membalas mesejmu. Aku bersimpati kepadanya, namun...aku tetap keliru.

Aku cuba memahami hatinya, Mawar...hati seorang kekasih yang terluka kerana putus cinta. Mungkin aku juga akan mengalami keadaan yang serupa sekiranya aku berada ditempatnya.

Aku bukan manusia yang kejam, kerana aku sedar sebagai insan yang menumpang di dunia fana ini, siapalah kita ini. Segala-galanya ditentukan Tuhan.

Kalau dia keliru, tentu aku juga begitu. Aku turut tak tahu apa yang perlu aku lakukan dengan hidupku ini. Disebelah sini, aku punyai famili yang bergantung padaku. Aku tahu dia tidak selesa dgn hidupku di sini. Bukan itu kehendaku. Sudah aku dilahirkan begitu, dikelilingi kemewahan.

Namun aku bersyukur kerana mereka tidak lagi seperti dulu. Mereka memberi aku kebebasan dalam menjalankan hidupanku. Malah, aku bersyukur kerana Oncle baru memeluk agama islam. Katanya dia mahu meninggal dunia sebagai seorang Muslim . Alhamdulillah.

Namun begitu, Mawar, bukan aku tidak mampu tinggalkan tempat ini...bukan aku mahu terus dikelilingi kemewahan, tetapi sepertinya juga...aku tak tahu yg perlu dilakukan. Aku juga terumbang-ambing.

Aku tidak pernah tahu kedudukan aku dihatinya, Mawar. Selagi itu tidak jelas, aku akan terus terumbang-ambing begini. Aku rela, kalaulah ini merupakan takdir untukku. Selama ini, aku redha kepada apa sahaja yang diberikan Tuhan untukku. Aku sudah cukup gembira dan bahagia kerana Tuhan mengizinkan aku untuk kekal menjadi seorang Muslim.

Mawar, katakanlah kepadanya ...tidak usahlah berkirim mesej seperti ini dan membuat aku bertambah keliru.

Maafkan aku Mawar, sekiranya dia tersinggung denganku, tetapi aku sudah tidak berdaya lagi.

~Nur Qahira Harun~"

Monday, July 16, 2007

Selamat Tinggal Sayang...


penulis novel ini adalah antara penulis yg saya gemari gaya bahasanya dan novel ini adalah antara yg paling saya sayang...saya pernah kehilangan novel ini dan membelinya buat kali yg kedua pada 19 February 2006... 24 May 2004 tarikh novel ini saya beli pertama kalinya...

akibat dr penolakan2 yg tiada hentinya dan setelah segala usaha utk menawan hati suami sendiri menemukan jalan buntu akhirnya puteri membawa diri...ibarat kata pepatah 'apa diharap padi seberang entahkan jadi entahkan tidak, apa diharap kasihnya orang entahkan sudi entahkan tidak' dgn segala kekecewaan puteri membawa diri, ingin membina hidup hanya dengan baby yg dikasih...itu sajer yg puteri ada sebagai tanda kenangan cinta kasihnya...

bukan tiada lelaki lain yg mencintai puteri...hanif sanggup menunggu sejuta tahun sekalipun asalkan dapat memiliki puteri begitu juga dgn syed awang sanggup menggadaikan seluruh harta yg ada jika berjaya menawan hati puteri...sayang semuanya tidak mampu merubah cinta puteri terhadap hakem...hakem ttp satu satunya lelaki yg puteri idamkan...

cerita ini juga mengisahkan egonya seorang lelaki...penolakan demi penolakan dilakukan hakem terhadap puteri...sedangkan semua itu membunuh dirinya sendiri...jauh disudut hatinya dia menyesali setiap apa yg telah dilakukan terhadap puteri...semuanya terpaksa demi mempertahankan ego lelakinya dan keluarga...

lagu kegemaran puteri dan dimainkan hakem saat menyedari tiada makna hidupnya tanpa puteri disisi....

How Do I Live
~ Trisha Yearwood ~

How do I
Get through one night without you?
If I had to live without you
What kind of life would that be?
Oh I, I need you in my arms
Need you to hold
You're my world, my heart, my soul
If you ever leave
Baby you would take away everything good in my life.

Without you
There'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There would be no world left for me
And I
Baby I don't know what I would do
I'd be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in my life

And tell me now
How do I live without you?
I want to know
How do I breathe without you?
If you ever go
How do I ever, ever survive?
How do I
How do I
Oh how do I live?

If you ever leave
Baby you would take away everything
Need you with me
Baby don't you know your everything good in my life

And tell me now
How do I live without you?
I want to know
How do I breathe without you?
If you ever go
How do I ever, ever survive?
How do I
How do I
Oh how do I live?

How do I live without you?
How do I live without you baby?
How do I live?...


"Dalam Soal Hati...Benarkah Perempuan Tidak Pernah Dewasa...?"

Friday, July 6, 2007

Cinta...Tiada Akhirnya


Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah...Cinta...Tiada Akhirnya, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang measih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebarkan jiwa, Cinta...Tiada Akhirnya akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

"...Tak Henti Hati Ini Menyebut Namamu, Tak Henti Jua Degupan Rindu Memalu Jantungku..."

Thursday, July 5, 2007

Setulus Janji


Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan YA atau TIDAK sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata.

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Meraka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

"Tanpa Lafaz Pun Kutahu Kau Akan Datang Pada Tika Dan Saatnya..."




Wednesday, July 4, 2007

Dia Lebih Mengerti


Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya, sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya.

Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah. Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati. Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairah mengalah. Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.


"Kan Ku Terus Berlari Walau Luka Ini Masih Terasa"





Tuesday, July 3, 2007

Permata Hati


Ternyata kebenaran sememangnya menyakitkan. Tetapi apakah pilihan yang dia ada? Semuanya sudah menjadi jalan mati. Cuma dia masih berharap agar kebenaran boleh membawa sedikit perubahan.


"Mimpi, Jadilah Penyataan...Aku Tak Rela Kehilangan"











Monday, July 2, 2007

Hati Yang Luka


Andai cinta tidak mengenal siapa, mengapa ada insan yang masih menilai darjat sebagai kayu pengukur. Adilkah takdir andai diri bukan dilahir sebagai orang ternama. Widad melalui kepayahan cintanya bersama Raof. Lelaki ego yang tidak dapat menerima hakikat tentang jodohnya dengan anak pemandu ayahnya.

Sungguhpun diri dilukai namun demi menjaga maruah Raof, Widad mengahwini lelaki itu. Lelaki yang tidak menghargai diri dan cintanya membuat Widad terlontar jauh di sudut hati milik suaminya sendiri. Dalam menahan luka yang kian berdarah Widad lari daripada mengejar cinta yang tak kesampaian.

Lumrah manusia dekat di mata terasa benci, bila jauh dari pandangan diri dicari-cari. Mampukah Widad menerima Raof semula sedangkan hati yang luka bagaikan tiada penawar untuk dirinya kembali sembuh...

"Letakkan Cintaku Dalam Hatimu. Hanya Dengan Itu Dapat Kau Selam Luka Hatiku Yang Kian Parah..."





Sunday, July 1, 2007

Sentuhan Kasih

Banjir kepiluan yang berladang di dalam hati tiada siapa yang rasa kelemasannya melainkan dia...Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati...tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negeri orang...lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah ditolak?Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau terus menanti panasnya bahagan asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati...





"Aku Merinduinya Dalam Derai Dingin Salji"

Sunday, June 3, 2007

Ombak Rindu


kerana diri tak punya apa...izzah hanya menurut kata...sepak terjang perkara biasa...hidup terpenjara di dalam istana kerana semuanya perlu dirahsia...jika dulu izzah tidak bebas keluar rumah seperti rakan-rakan lain, kini dia juga tetap tidak berpeluang...syurganya hanya diapartment itu dan temannya hanyalah hariz....

hariz menyandar dikerusinya...dia rasa tidak tenteram kerana dengan tidak semena-mena dirinya teringatkan izzah...izzah yang manis, izzah yang rela melakukan apa sahaja untuknya, izzah yang setia, izzah yang sanggup berkorban untuknya dan izzah yang tidak pernah melawan walaupun sepatah perkataan, jauh sekali untuk melawan dengan sepotong ayat...

Ombak yang bergelora kian menghilang
rindu yang terlerai tampak indah
bila...
tabir cinta hariz tersingkap
semarak cinta izzah terbela
lalu...
hariz dan izzah melakar bahagia.


"...Rinduku Umpama Ombak Yang Tak Berhenti, Kasihmu Bagai Pantai Yang Setia Menanti..."








Saturday, June 2, 2007

Hati Seorang Wanita



Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Mesti disingkir, mesti diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

Hati zarul diruntun pilu mendengar lagu ini...

Without You
~ Mariah Carey ~

No, I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile but in your eyes your sorrow shows
Yes, it shows

No, I can't forget tomorrow
When I think of all my sorrow
When I had you there but then I let you go
And now it's only fair that I should let you know
What you should know

I can't live if living is without you
I can't live
I can't give anymore

I can't live if living is without you
I can't give
I can't give anymore

No, I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile but in your eyes your sorrow shows
Yes, it shows

I can't live if living is without you
I can't live
I can't give anymore

I can't live if living is without you
I can't live
I can't give anymore

(No, I can't live)
(No, I can't live)
No, I
No, no, no, no

I can't live (No, I can't live) if living is without you (No, I can't live)
I can't live
I can't give anymore

I can't live (No, I can't live, no, I can't live)


(10 September 2003 ku miliki)








Friday, June 1, 2007

Cinta Pertama


dalam novel ni saya paling tak suka watak Muaz...
nilai kekeluargaan dalam cerita ini sgt baik utk dijadikan tauladan...corak percintaan yg diutarakan juga baik...bukan cinta anak2 muda remaja..cinta yg dewasa tidak seperti cinta anak2 yg sedang remaja yg sedang mabuk dgn cinta...ia adalah cinta pertama yg terjadi pada pasang yg dewasa yg usianya menjangkau 30an...saya suka cerita ini dan dah tak ingat berapa kali ulang membacanya...buku ini saya miliki pada 26 May 2004...

lagu yg didendangkan oleh Carl Zafran utk Nurul Iman...

25 Minutes
~ MLTR ~

After some time I've finally made up my mind
she is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
to tell her I love her
and I'm sorry 'bout the things I've done

I find her standing in front of the church
the only place in town where I didn't search
She looks so happy in her wedding dress
but she's crying while she's saying this

Chorus:
Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you traveled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late

Against the wind I'm going home again
wishing me back to the time when we were more than friends

But still I see her in front of the church
the only place in town where I didn't search
She looked so happy in her wedding dress
but she cried while she was saying this

Chorus:
Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you traveled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late

Out in the streets
places where hungry hearts have nothing to eat
inside my head
still I can hear the words she said

Chorus:
Boy I've missed your kisses all the time but this is
twenty five minutes too late
Though you traveled so far boy I'm sorry your are
twenty five minutes too late

I can still hear her say.......