Tuesday, July 17, 2007

Bunga-Bunga Kemboja


Perkahwinan yg terjadi bukan disebabkan desakan nafsu.Nabil menikahi Nur Qahira kerana mahu berjihad pada tuhan. Nabil tidak mahu gadis itu hidup dengan kekesalan, seperti tugu di 'Killing Fields Choeung Ek', sekadar menjadi tanda bagi mereka yang bersimpati. Nabil tahu Nur Qahira tidak mahu diacukan kehidupannya seperti apa yang pernah berlaku kepada rakyat Kemboja, dan Nabil tahu dia dan rakan-rakannya mampu membantu, agar Nur Qahira tidak dibiarkan begitu sahaja.

"Mawar...

Tidak mudah utk aku lakukan, tp aku tahu selagi aku tidak lakukannya, selagi itulah aku akan begini!

Dulu aku tak pernah jangkakan bahawa cinta yg aku semai bertahun-tahun lamanya, akhirnya tidak kesampaian. Cinta pertamaku itu, tidak berpihak padaku. Aku merana dan aku sensara kerana cinta itu.

Mawar...

Aku pernah merajuk, malah aku pernah rasakan seolah-olah Tuhan tidak menyanyangiku kerana punahkan cinta pertamaku itu. Bukan mudah untukku, Mawar.

Namun, pernikahanku dengan Qahira, ikhlas kulakukan untuk agamaku. Mungkin aku mahu mencari ubat untuk pulihkan diri yang merajuk itu.

Dia cantik, menarik...malah dia ada segala-galanya. Aku nampak semua itu, Tapi....Mawar, aku juga takut. Bagiku... haruskah aku berpindah perasaan dalam keadaan aku yang tidak menentu itu?Mungkin juga di suatu ketika, aku berada dalam satu dilema yang membuatkan aku terumbang-ambing!

Sekalipun aku lelaki, Mawar, aku juga manusia biasa yang lemah dan ada ketika aku tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Maafkan aku sekiranya aku tak berdaya untuk menjaga hatinya. Hati kawanmu itu sebenarnya terlalu berharga buatku. Cuma suatu ketika dulu, aku memang keliru.

Mawar...
Apakah lelaki seperti diriku ini tidak boleh buat salah dan kesilapan? Adakah lelaki sepertiku ini perlu tonjolkan diri sebagai wira sahaja?

Maafkan aku, Mawar...kalau mesejku ini menyakitkan hatimu atau...hati kawanmu itu.

Aku pernah impikan untuk menjadi seorang anak yang soleh. Aku pernah juga idamkan untuk jadi seorang suami dan ayah yg mithali. Namun aku tau jua...itu kerja Tuhan, sama ada mengizinkan atau tidak. Ada ketika akan terjerat jua dalam mimpi dan bayangan yang kita mahukan itu.

Maafkan aku Mawar.

~Nabil~"

*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*

"Mawar...

Aku tak tahu bagaimana nak membalas mesejmu. Aku bersimpati kepadanya, namun...aku tetap keliru.

Aku cuba memahami hatinya, Mawar...hati seorang kekasih yang terluka kerana putus cinta. Mungkin aku juga akan mengalami keadaan yang serupa sekiranya aku berada ditempatnya.

Aku bukan manusia yang kejam, kerana aku sedar sebagai insan yang menumpang di dunia fana ini, siapalah kita ini. Segala-galanya ditentukan Tuhan.

Kalau dia keliru, tentu aku juga begitu. Aku turut tak tahu apa yang perlu aku lakukan dengan hidupku ini. Disebelah sini, aku punyai famili yang bergantung padaku. Aku tahu dia tidak selesa dgn hidupku di sini. Bukan itu kehendaku. Sudah aku dilahirkan begitu, dikelilingi kemewahan.

Namun aku bersyukur kerana mereka tidak lagi seperti dulu. Mereka memberi aku kebebasan dalam menjalankan hidupanku. Malah, aku bersyukur kerana Oncle baru memeluk agama islam. Katanya dia mahu meninggal dunia sebagai seorang Muslim . Alhamdulillah.

Namun begitu, Mawar, bukan aku tidak mampu tinggalkan tempat ini...bukan aku mahu terus dikelilingi kemewahan, tetapi sepertinya juga...aku tak tahu yg perlu dilakukan. Aku juga terumbang-ambing.

Aku tidak pernah tahu kedudukan aku dihatinya, Mawar. Selagi itu tidak jelas, aku akan terus terumbang-ambing begini. Aku rela, kalaulah ini merupakan takdir untukku. Selama ini, aku redha kepada apa sahaja yang diberikan Tuhan untukku. Aku sudah cukup gembira dan bahagia kerana Tuhan mengizinkan aku untuk kekal menjadi seorang Muslim.

Mawar, katakanlah kepadanya ...tidak usahlah berkirim mesej seperti ini dan membuat aku bertambah keliru.

Maafkan aku Mawar, sekiranya dia tersinggung denganku, tetapi aku sudah tidak berdaya lagi.

~Nur Qahira Harun~"

1 comment:

fairul said...

salam..2 malm lepas kat sini (manjoi) hujan pastu kilat skali. x bole online tenet. boring2 capai ajelah novel yg wife pinjam kat perpustakaan..bunga2 kemboja..dah baca x bole nak stop le plak..dari pukul 9 mlm sampai pkl 3 pagi kot. ni tengah fikir ni...dlm dunia realiti ada ke org mcm Nur Qahira..so pokcik pon x tau ada ke x..bila ingat Nur Qahira pokcik ingat kat wife pokcik..banyak pengorbanan dia kat pokcik..ty sis kalau x banyak ada le kot sikit kesedaran utk pokcik.
ty sis..

-pokcik-